Podcast Studio Sihat Nadi X Wellbeing – Ibu Anak Autistik: Kuat Sebab Terpaksa, Tabah Sebab Sayang | P060

21 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 20 November 2025, telah berlangsung Podcast Studio Sihat Nadi X Wellbeing – Ibu Anak Autistik: Kuat Sebab Terpaksa, Tabah Sebab Sayang | P060 secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Dalam episod Podcast Studio Sihat kali ini, kita sembang dengan Pn. Nurulhidayah Abd Jalil tentang realiti, cabaran, dan kekuatan seorang ibu membesarkan anak autistik.

Podcast Studio Sihat Nadi X Wellbeing – “Ibu Anak Autistik: Kuat Sebab Terpaksa, Tabah Sebab Sayang” bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang autisme melalui perkongsian pengalaman sebenar seorang ibu yang membesarkan anak autistik. Podcast ini memberi ruang untuk membincangkan cabaran, emosi dan kekuatan yang diperlukan dalam menghadapi situasi tersebut, di samping mendidik pendengar mengenai pentingnya intervensi awal dan sokongan yang sesuai. Melalui perkongsian ini, stigma terhadap autisme dapat dikurangkan, selain menggalakkan masyarakat lebih empati dan memahami keperluan kanak-kanak autistik serta keluarga mereka. Kebaikan podcast ini termasuk memberi inspirasi kepada ibu bapa lain, memperkukuh sokongan komuniti, dan meningkatkan kesedaran mengenai kesejahteraan mental ibu bapa yang menjaga anak berkeperluan khas.

Secara keseluruhannya, Podcast yang santai dan mudah diakses juga menjadikannya medium yang berkesan untuk menyampaikan maklumat, seterusnya menggalakkan penerimaan dan inklusiviti dalam kalangan masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali